Webinar Berkala Sains Edisi 1 - Respirasi

4 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Januari 2026, telah diadakan Webinar Berkala Sains bertajuk - Respirasi secara dalam talian yang berlangsung di NADI Felcra Sungai Ara. Webinar ini memberi tumpuan kepada topik respirasi yang merangkumi konsep asas proses pernafasan, fungsi sistem respirasi manusia, serta kepentingannya dalam mengekalkan kesihatan dan kelangsungan hidup. Penceramah turut menerangkan perbezaan antara respirasi sel dan respirasi manusia, disertai dengan contoh serta penerangan yang mudah difahami bagi membantu peserta memahami topik dengan lebih jelas.

Pendekatan penyampaian yang santai tetapi berinformasi telah menarik minat peserta serta meningkatkan kefahaman mereka terhadap topik yang dibincangkan. Penganjuran webinar ini diharap dapat memberi manfaat kepada para peserta dengan menambah pengetahuan sains serta memupuk minat terhadap pembelajaran secara dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali